Sabtu, 2 Mac 2013

MAHASISWA UITM PERAK

Assalamualaikum semua, pada tanggal 1-3 mac saya dan kawan-kawan telah dihantar oleh pihak UiTM untuk hadir ke program Mahasiswa Anak Perak di Hotel Perdana Taiping. Kami seramai 70 orang membawa nama IPT ke persada Malaysia. Banyak juga Universiti yang terlibat antaranya UUM, UPM, UKM, UTP, UM, UTP, UIA, UTM, UiTM dan banyak lagi.

Sangat seronok dari hari pertama hingga hari ketiga kami enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Kami umpama banyak daun yang duduk di atas pokok yang rendang. Disini lah kami membina ukhwahfillah antara universiti-universiti yang lain.

Pada hari pertama, 3 buah bas telah disewa untuk ke Hotel Perdana Taiping. Dalam sebuah bilik kami disatukan, manjadi adik-beradik. Waktu malam kami diberi taklimat dan ceramah mengenai UPEN (pembangunan ekonomi negeri). Walaupun memenatkan kami tetap menjadi pendengar yang setia. Berakhir dengan balik bilik makan dan tidur.

Keesokan hari ceramah YBU (Yayasan Bantuan Anak Perak), PEKA (Pusat Kerajaya Aman Jaya) dan CELCOM. Amat menyeronokkanlah jugak. Tetapi nasib mata kerana tak rasa mengantuk. Malam pula kami diserlahkan dengan MAJLIS MAKAN MALAM serta perasmian program Mahasiswa Anak Perak. Terserlah keayuan dan kekacakan anak perak ini, dengan pakai pakaian tradisional. Boleh tahan makanan nya sedap dan menarik.

Keesokan harinya berlakulah perdebatan antara wakil-wakil universiti bagi membentangkan resolusi mengenai topik yang diberi. Sungguh menarik.
Pada petangnya pula, berakhirlah dengan checkout hotel dan balik ke IPT masing-masing.

Ini antara gambar kenangan yang saya sempat capture. ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan