Jumaat, 1 Mac 2013

Jodoh Part 3

Aku ternampak cicak disitu, ouh sungguh menggelikan..sampai terjerit aku dibuatnya. Badanku terasa dicuit oleh seseorang lalu aku memandang kebelakang. Terkemam seketika dibuatnya, memang tidak ku sangka berjodoh jugak aku dengannya.

(Ala..lelaki yang aku jumpe dekat taman tu..) "miss, how much this shirt?" dia bertanya.. "haha..saya bukan toke lah.." aku tergelak kecil melihat wajahnya yang agak cuak tu. "Oh cik orang melayu rupanya, huhu tengok muka pon tau, haha". "Haha, eh bukan kita pernah jumpa ke?" aku bertanya tanpa segan. "Jumpa! dekat mana yer?" dia bertanya. Alamak naik segan aku dibuatnya. Maklumlah lelaki kacak macam dia memang akan jumpa banyak perempuan cantik pun.. tentulah dia tak ingat aku. "Ala..yang masa dekat taman hari tu, yang terjatuh tu..". Huh. tebal dah muka ni. Aku cuba mengingatkan dia peristiwa yang ala-ala filem lah konon. "Ouh..cik yang jatuh hari tu, saya ingat...hahah," tak payah lah gelak. Lagi tebal muka aku dibuatnya.

********************
"Tak sangka jumpa cik disini. Sape nama awak?" Ait.mamat ni, mula-mula panggil cik,tiba-tiiba awak pulak,. Aish playboy ni.. "Erm, nama saya Atikah, awak?". "Saya Hanif, panggil F." Haha.nama sedap tapi panggil F. Apelah..aku pun berbisik dihati. "Jom duduk nak, sambil-sambil tu boleh bersembang sambil minum air,". Dia pun bersetuju. Yes..aku ni memang selamba, tak kisah dia baik ke jahat mesti aku ajak duduk, hehe sambil tu bolehlah berkenalan. Itulah namanya peluang. Tapi tak sangkakan, lelaki sekacak dia boleh keluar dengan perempuan biasa macam aku ni, memang tak sesuai. Kami pun berbual panjang didepan Blueberry Cafeteria sambil menikmati iceblanded. Warhh..so sweet. Tapi tak semanis orang bercouple. Hahaha. Setelah lama kami bersembang, sungguh terkejut aku kerana didatangi oleh seseorang.........

#bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan