Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Pertama sekali kita buka majlis kita dengan ummul furqan
Al-Fatihah.....................................................................
Amin-amin Ya Rabbal A'lamin Alhamdulillah
Sebelum itu saya ingin bertanya kepada setiusaha Cik........
"Adakah semua Exco bahagian syarikat, hadir pada hari ini ? Baiklah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Exco bahagian syarikat kerana sudi hadir dalam mesyuarat kita pada kali ini. Saya berharap mesyuarat kita pada kali ini berjalan dengan lancar dengan membentangkan minit mesyuarat yang lepas serta membincangkan mengenai isu-isu yang bangkit pada kali ini.
Jadi tanpa membunag masa saya serahkan mesyuarat ini kepada setiusaha syarikat cik......... bagi membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
Dengan itu terima kasih diucapkan kepada cik......... selaku setiusaha syarikat kerana telah membentangkan secara ringkas mngenai minit mesyuarat yang lepas.
Oleh itu saya selaku pengerusi telah membentuk sebuah jawatankuasa pelaksanaan majlis ceramah kita dengan melantik
.cik............
sebagai ahli jawatankuasa protokol yang akan menerangkan mengenai sambutan dan aturcara majlis.
.cik............
sebagai ahli jawatankuasa teknikal yang akan mnerangkan mengenai peralatan yang digunakan semasa perjalanan majlis.
Bagi ahli jawatankuasa makanan yang disandang oleh
.cik.............
akan menerangkan mengenai bajet makanan untuk para tetamu.
Manakala bagi ahli jawatankuasa untuk cenderahati
.cik.............
yang akan menerangkan mengenai penyediaan cenderahati untuk VIP dan tetamu yang hadir.
Oh, sebelum saya terlupa, apakah tujuan kita mengadakan ceramah yang berajuk "Fenomena kahwin muda dalam kalangan belia" dan mengapa sebenarnya?
Saya amat bersetuju dengan pendapat-pendapat saudari terhadap fenomena kahwin dalam usia yang muda. Ini kerana islam juga menggalakkan kita berkahwin muda sekiranya kita mampu dan adil dalam mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih Allah melarang kita melakukan maksiat, lebih baik kita elakkan perkara berikut dengan berkahwin sewaktu usia muda. Dengan itu, saya bersetuju dengan tajuk ceramah tersebut iaitu " Fenomena kahwin muda dalam kalangan belia" yang akan disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Cerama ini juga dapat memperbaiki diri kita disamping menyedarkan masyarakat umumnya.
Dengan itu, tanpa membuang masa kita mulakan dengan cik....... iaitu ahli Jawatankuasa protokol yang membentangkan perakara-perkara yang berkaitan dengan protokol dalam majlis. Dipersilakan
Mintak maaf cik.... saya mencelah, saya ingin bertanya mengapa kita perlu menjemput ustaz berkenaan?
Terima kasih diucapkan kepada ahli Jawatankuasa protokol cik...... kerana memberikan pendapat dan idea yang bernas sekali bagi menyempurnakan majlis ceramah agama itu dengan jayanya.
Seterusnya, kita serahkan kepada ahli Jawatankuasa teknikal iaitu cik....... bagi membentangkan isu-isu yang berkaitan teknikal dalam majlis tersebut.
Cik....... saya ingin bertanya, dua khemah yang bersaiz kecil tersebut, disediakan untuk tujuan apa? sebenarnya.
Terima kasih cik........ berdasarkan pemerhatian saya, segala inout berkaiatan dengan pengurusan teknikal begitu lengkap sekali. Dari segi jumlah peralatan yang diperlukan hinggalah kos yang dianggarkan adalah tidak melebihi bajet syarikat dan amat memenuhi ciri-ciri majlis tersebut. Diharap cik....... tiada sebarang kecacatan atau kelalaian sewaktu majlis berlangsung.
Baiklah. kita teruskan lagi dengan pembentangan daripada cik..... selaku ahli Jawatankuasa makanan bagi membincangkan mengenai pengurusan makanan. Dipersilakan....
Terinma kasih saudari ......... atas pendapat itu tadi. Sebelum itu, adakah cik....... ingin menambah atau mengubah menu makanan yang telah dibincangkan. Sekiranya cik...... ingin memohon apa sahaja makanan tambahan dalam menu makanan yang telah dibincangkan. Saya akan mempertimbangkan menerusi permohonan saudari.
Akhir sekali, kita serahkan majlis kita kepada cik...selaku ahli Jawatankuasa cenderahati bagi membincangkan mengenai urusan-urusan pembahagian hadiah dan cenderahati. Dipersilakan......
Berapakah bajet cenderahati yang dianggarkan oleh cik...... yang akan diberi kepada tetamu terhormat?.
Bahagian cenderahati sangat memuaskan. Terima kasih saya ucapkan kepada cik..... kerana dapat memberikan buah-buah pendapat yang bernas. Pemberian cenderahati yang diberikan kepada tetamu dapat menarik lagi orang ramai untuk hadir.
Sekali lagi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa pelaksanaan bagi majlis ceramah agama ini. Segala idea yang telah dicurahkan amat berintelektual dan menepati dalam mengadakan ceramah agama ini. Seterusnya tanpa melengahkan masa, kita sambung mesyuarat kita dengan membincangkan hal-hal lain yang akan berbangkit dalam isu kita pada kali ini sama ada dari segi penambahbaikan perkara-perkara yang berbangkit atau isu yang lain berkenaan dengan agenda kali ini. saya bukakan soalan kepada Ahli Jawatankuasa bagi menanyakan persoalan-persoalan yang berkaitan.
- Tabung amal
- Tayangan video
- Cabutan bertuah
- Soal jawab
Ada apa-apa soalan lagi
Jika tiada, dengan itu saya rasa amat berbesar hati di atas kehadiran saudari dalam mesyuarat kali ini. Justeru itu, saya berharap segala perkara yang dibentangkan itu tadi menjadi realiti. Saya tidak mahu ia hanya seperti menanam tebu ditepi bibir. Segala kerjasama dari pihak saudari sekalian amat saya perlukan dalam merealisasikan majlis ceramah agama kita ini.
noice
BalasPadamterbaaaikkkkkkk
BalasPadamTq for support
BalasPadamthx
BalasPadamyolo
BalasPadamholoh holoh
BalasPadamnice
BalasPadamtypo banyaknya
BalasPadamterima kasih. mohon izin copy ya
BalasPadam