Isnin, 1 April 2013

Teks Ucapan Pengerusi {mesyuarat}

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Pertama sekali kita buka majlis kita dengan ummul furqan
Al-Fatihah.....................................................................
Amin-amin Ya Rabbal A'lamin Alhamdulillah
Sebelum itu saya ingin bertanya kepada setiusaha Cik........
"Adakah semua Exco bahagian syarikat, hadir pada hari ini ? Baiklah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Exco bahagian syarikat kerana sudi hadir dalam mesyuarat kita pada kali ini.  Saya  berharap mesyuarat kita pada kali ini berjalan dengan lancar dengan membentangkan minit mesyuarat yang lepas serta membincangkan mengenai isu-isu yang bangkit pada kali ini.
Jadi tanpa membunag masa saya serahkan mesyuarat ini kepada setiusaha syarikat cik......... bagi membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
Dengan itu terima kasih diucapkan kepada cik......... selaku setiusaha syarikat kerana telah membentangkan secara ringkas mngenai minit mesyuarat yang lepas.
Oleh itu saya selaku pengerusi telah membentuk sebuah jawatankuasa pelaksanaan majlis ceramah kita dengan melantik
.cik............
sebagai ahli jawatankuasa protokol yang akan menerangkan mengenai sambutan dan aturcara majlis.
.cik............
sebagai ahli jawatankuasa teknikal yang akan mnerangkan mengenai peralatan yang digunakan semasa perjalanan majlis.
Bagi ahli jawatankuasa makanan yang disandang oleh
.cik.............
akan menerangkan mengenai bajet makanan untuk para tetamu.
Manakala bagi ahli jawatankuasa untuk cenderahati
.cik.............
yang akan menerangkan mengenai penyediaan cenderahati untuk VIP dan tetamu yang hadir.
Oh, sebelum saya terlupa, apakah tujuan kita mengadakan ceramah yang berajuk "Fenomena kahwin muda dalam kalangan belia" dan mengapa sebenarnya?
Saya amat bersetuju dengan pendapat-pendapat saudari terhadap fenomena kahwin dalam usia yang muda. Ini kerana islam juga menggalakkan kita berkahwin muda sekiranya kita mampu dan adil dalam mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih Allah melarang kita melakukan maksiat, lebih baik kita elakkan perkara berikut dengan berkahwin sewaktu usia muda. Dengan itu, saya bersetuju dengan tajuk ceramah tersebut iaitu " Fenomena kahwin muda dalam kalangan belia" yang akan disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Cerama ini juga dapat memperbaiki diri kita disamping menyedarkan masyarakat umumnya.

Dengan itu, tanpa membuang masa kita mulakan dengan cik....... iaitu ahli Jawatankuasa protokol yang membentangkan perakara-perkara yang berkaitan dengan protokol dalam majlis. Dipersilakan

Mintak maaf cik.... saya mencelah, saya ingin bertanya mengapa kita perlu menjemput ustaz berkenaan?

Terima kasih diucapkan kepada ahli Jawatankuasa protokol cik...... kerana memberikan pendapat dan idea yang bernas sekali bagi menyempurnakan majlis ceramah agama itu dengan jayanya.

Seterusnya, kita serahkan kepada ahli Jawatankuasa teknikal iaitu cik....... bagi membentangkan isu-isu yang berkaitan teknikal dalam majlis tersebut.

Cik....... saya ingin bertanya, dua khemah yang bersaiz kecil tersebut, disediakan untuk tujuan apa? sebenarnya.

Terima kasih cik........ berdasarkan pemerhatian saya, segala inout berkaiatan dengan pengurusan teknikal begitu lengkap sekali. Dari segi jumlah peralatan yang diperlukan hinggalah kos yang dianggarkan adalah tidak melebihi bajet syarikat dan amat memenuhi ciri-ciri majlis tersebut. Diharap cik....... tiada sebarang kecacatan atau kelalaian sewaktu majlis berlangsung.

Baiklah. kita teruskan lagi dengan pembentangan daripada cik..... selaku ahli Jawatankuasa makanan bagi membincangkan mengenai pengurusan makanan. Dipersilakan....

Terinma kasih saudari ......... atas pendapat itu tadi. Sebelum itu, adakah cik....... ingin menambah atau mengubah  menu makanan yang telah dibincangkan. Sekiranya cik...... ingin memohon apa sahaja makanan tambahan dalam menu makanan yang telah dibincangkan. Saya akan mempertimbangkan menerusi permohonan saudari.

Akhir sekali, kita serahkan majlis kita kepada cik...selaku ahli Jawatankuasa cenderahati bagi membincangkan mengenai urusan-urusan pembahagian hadiah dan cenderahati. Dipersilakan......

Berapakah bajet cenderahati yang dianggarkan oleh cik...... yang akan diberi kepada tetamu terhormat?.

Bahagian cenderahati sangat memuaskan. Terima kasih saya ucapkan kepada cik..... kerana dapat memberikan buah-buah pendapat yang bernas. Pemberian cenderahati yang diberikan kepada tetamu dapat menarik lagi orang ramai untuk hadir.

Sekali lagi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa pelaksanaan bagi majlis ceramah agama ini. Segala idea yang telah dicurahkan amat berintelektual dan menepati dalam mengadakan ceramah agama ini. Seterusnya tanpa melengahkan masa, kita sambung mesyuarat kita dengan membincangkan hal-hal lain yang akan berbangkit dalam isu kita pada kali ini sama ada dari segi penambahbaikan perkara-perkara yang berbangkit atau isu yang lain berkenaan dengan agenda kali ini. saya bukakan soalan kepada Ahli Jawatankuasa bagi menanyakan persoalan-persoalan yang berkaitan.

  • Tabung amal
Saya bersetuju dengan pendapat anda tentang tabung amal tersebut. Ini kerana masyarakat dapat menimba ilmu sambil menderma untuk kebajikan rumah anak-anak yatim Ustaz kazim Elias.


  • Tayangan video
Baiklah saya amat bersetuju dengan cadangan anda ini kerana dengan video yang ditayangkan dapat memberi impak yang besar terhadap masyarakat supaya sedar akan fenomena yang semakin menjadi-menjadi dalam kalangan remaja.


  • Cabutan bertuah
Cik..... saya memohon maaf. Saya kurang bersetuju dengan cadangan saudara kerana untuk mengadakan aktiviti ini, kita memerlukan kos yang tinggi serta menjadikan bajet syarikat tidak mencukupi, Tetapi tidak mengapa kerana saya akan membawa perkara ini untuk dibangkitkan pada mesyuarat akan datang.


  • Soal jawab
Ya saya, saya amat bersetuju dengan cadangan cik...... disitu kita dapat melihat komunikasi dua hala antara ahli panel dan tetamu disamping kita dapat maklum balas dari pihak tetamu. Baiklah saya akan bincangkan perkara ini bersama dengan ahli panel kita Ustaz Kazim Elias.
Ada apa-apa soalan lagi

Jika tiada, dengan itu saya rasa amat berbesar hati di atas kehadiran saudari dalam mesyuarat kali ini. Justeru itu, saya berharap segala perkara yang dibentangkan itu tadi menjadi realiti. Saya tidak mahu ia hanya seperti  menanam tebu ditepi bibir. Segala kerjasama dari pihak saudari sekalian amat saya perlukan dalam merealisasikan majlis ceramah agama kita ini.

Sabtu, 2 Mac 2013

MAHASISWA UITM PERAK

Assalamualaikum semua, pada tanggal 1-3 mac saya dan kawan-kawan telah dihantar oleh pihak UiTM untuk hadir ke program Mahasiswa Anak Perak di Hotel Perdana Taiping. Kami seramai 70 orang membawa nama IPT ke persada Malaysia. Banyak juga Universiti yang terlibat antaranya UUM, UPM, UKM, UTP, UM, UTP, UIA, UTM, UiTM dan banyak lagi.

Sangat seronok dari hari pertama hingga hari ketiga kami enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Kami umpama banyak daun yang duduk di atas pokok yang rendang. Disini lah kami membina ukhwahfillah antara universiti-universiti yang lain.

Pada hari pertama, 3 buah bas telah disewa untuk ke Hotel Perdana Taiping. Dalam sebuah bilik kami disatukan, manjadi adik-beradik. Waktu malam kami diberi taklimat dan ceramah mengenai UPEN (pembangunan ekonomi negeri). Walaupun memenatkan kami tetap menjadi pendengar yang setia. Berakhir dengan balik bilik makan dan tidur.

Keesokan hari ceramah YBU (Yayasan Bantuan Anak Perak), PEKA (Pusat Kerajaya Aman Jaya) dan CELCOM. Amat menyeronokkanlah jugak. Tetapi nasib mata kerana tak rasa mengantuk. Malam pula kami diserlahkan dengan MAJLIS MAKAN MALAM serta perasmian program Mahasiswa Anak Perak. Terserlah keayuan dan kekacakan anak perak ini, dengan pakai pakaian tradisional. Boleh tahan makanan nya sedap dan menarik.

Keesokan harinya berlakulah perdebatan antara wakil-wakil universiti bagi membentangkan resolusi mengenai topik yang diberi. Sungguh menarik.
Pada petangnya pula, berakhirlah dengan checkout hotel dan balik ke IPT masing-masing.

Ini antara gambar kenangan yang saya sempat capture. ♥

Jumaat, 1 Mac 2013

Jodoh Part 3

Aku ternampak cicak disitu, ouh sungguh menggelikan..sampai terjerit aku dibuatnya. Badanku terasa dicuit oleh seseorang lalu aku memandang kebelakang. Terkemam seketika dibuatnya, memang tidak ku sangka berjodoh jugak aku dengannya.

(Ala..lelaki yang aku jumpe dekat taman tu..) "miss, how much this shirt?" dia bertanya.. "haha..saya bukan toke lah.." aku tergelak kecil melihat wajahnya yang agak cuak tu. "Oh cik orang melayu rupanya, huhu tengok muka pon tau, haha". "Haha, eh bukan kita pernah jumpa ke?" aku bertanya tanpa segan. "Jumpa! dekat mana yer?" dia bertanya. Alamak naik segan aku dibuatnya. Maklumlah lelaki kacak macam dia memang akan jumpa banyak perempuan cantik pun.. tentulah dia tak ingat aku. "Ala..yang masa dekat taman hari tu, yang terjatuh tu..". Huh. tebal dah muka ni. Aku cuba mengingatkan dia peristiwa yang ala-ala filem lah konon. "Ouh..cik yang jatuh hari tu, saya ingat...hahah," tak payah lah gelak. Lagi tebal muka aku dibuatnya.

********************
"Tak sangka jumpa cik disini. Sape nama awak?" Ait.mamat ni, mula-mula panggil cik,tiba-tiiba awak pulak,. Aish playboy ni.. "Erm, nama saya Atikah, awak?". "Saya Hanif, panggil F." Haha.nama sedap tapi panggil F. Apelah..aku pun berbisik dihati. "Jom duduk nak, sambil-sambil tu boleh bersembang sambil minum air,". Dia pun bersetuju. Yes..aku ni memang selamba, tak kisah dia baik ke jahat mesti aku ajak duduk, hehe sambil tu bolehlah berkenalan. Itulah namanya peluang. Tapi tak sangkakan, lelaki sekacak dia boleh keluar dengan perempuan biasa macam aku ni, memang tak sesuai. Kami pun berbual panjang didepan Blueberry Cafeteria sambil menikmati iceblanded. Warhh..so sweet. Tapi tak semanis orang bercouple. Hahaha. Setelah lama kami bersembang, sungguh terkejut aku kerana didatangi oleh seseorang.........

#bersambung...

Rabu, 27 Februari 2013

Hati ♥

Assalamualikum buat semua pembaca.  Hari ini adalah mengenai HATI♥ .
Barangkali semua sudah tahu hati ini penting dalam kehidupan kita. Jika tiada hati macam mana kita nak hidup.  Suatu yang patut diketahui oleh kaum lelaki. Kenapa perempuan lemah, kuat menangis,merajuk mengada-ngada ini kerana mereka telah diciptakan oleh Allah untuk memiliki lumrah tersebut. Ini juga adalah disebabkan oleh hati.

Jika seorang wanita itu melihat seorang lelaki, pasti mereka ada hati hati untuk lelaki tersebut dijadikan pasangan. Walhal, itu lumrah perempuan yang memiliki 9 nafsu. Hati wanita ini lembut.. walaupun garang seperti singa, buas seperti buaya, banyak cakap seperti burung, ketahuilah HATI mereka ini sangat lembut. Selembut bayu menghempas pulau... cair hati seorang lelaki. Betapa kuatnya hati seorang wanita apabila dimadu atau dicerai. Mereka tidak pernah kecewa, asalkan lelaki yang dicintainya sentiasa berada disampingnya.
Walaupun wanita bekerja dari siang dan malam, sambil melayan kerenah anak-anak dan suami, mereka tidak pernah mengeluh kerana hati mereka mengatakan "akan kucium bau syurga suatu hari nanti". Bertuah sungguh memiliki hati wanita.

Jangan hanya pada rupa paras, tetapi pada HATI kita harus lihat seorang wanita itu. Apa gunanya memiliki Tembikai yang cantik kulitnya tetapi didalamnya busuk. HATI lah yang perlu dititikberatkan. Jika dia jujur mencintai anda (lelaki) kasihilah dia, jika dia menangis, tenangkanlah dia, jika dia marah, senyum dan turutkan segala permintaanya, jika dia bercerita, dengarlah dengan sepenuh hati.. LELAKI bersabarlah dengan celoteh dia, bahawasanya itulah CINTA HATI anda .. Apabila jadi seorang isteri ajarilah dia solat dengan sempurna, belailah dia dengan kasih sayang, peluklah dia ketika dia menghempas ombak... itulah kasih yang diperlukan seorang wanita yang memiliki HATI ♥...

Buat lelaki yang belum berkahwin..

Jujurlah ketika anda menyukainya...
                Belailah dia dengan kasih sayang bukan dengan kasih tangan...
Curahkanlah segala hormat padanya,bukan mencabul kehormatannya..
                Percayalah padanya bukan menghancurkan perasaannya..
Dan terimalah dia seadanya..

Isnin, 25 Februari 2013

Eye's Part 1

Today i'm going speech about eye. Semua orang tahu mata itu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, tetapi mana kita sangka mata kita ini boleh membuatkan orang jatuh hati atau kita sendiri yang jatuh hati padanya buat kali pertama.

"Suatu hari aku pergi berjalan disebuah taman yang indah dan cantik di kota London. Dengan nikmat mata yang Allah berikan kepadaku, dapat aku lihat keindahan alam semesta ini dengan senyuman dan ucapan syukur kepada Allah. Tanpa tidak disangka aku terjatuh kerana tersadung sebiji batu kecil.

"Ataghfirullahhalazim" aku berkata. Hanya kerana melihat seorang lelaki, aku terjatuh. Hati kecil aku berkata'untung betul wanita yang dapat memilikinya, dah la handsome, baik, yang penting dia melayu. Pasti setiap wanita inginkan pasangan yang sempurna buat dirinya.

Tatapi jodoh, tidak siapa sangka. "Kita hanya boleh berusaha, tetapi jodoh tetap ditangan Tuhan" aku terduduk sambil melihatnya.

#sambungan.......

Reunion 47

Semalam baru je jumpe diorang ni..rase rindu sangat-sangat. Kami pergi mydin meru je makan-makan kat situ. Lepastu kitorang pergi karoeke, lepastu shopping, beli baju, lepastu pegi jusco...ouhhh seronok sangat

Sabtu, 23 Februari 2013

Mock Meeting

Hari ni ada Mock Meeting bawah subjek Office. penat sangat tapi so far semuanya berjalan dengan lancar.pada mulanya dilantik jadi CEO, tapi fikir balik, baik jadi finance sebab meeting kali ini menjurus kepada finance. Lepas je buat mock meeting terus ade Exam Bahasa Melayu. Pagi tadi pulak ade Test English..sangat memenatkan hari Khamis 7 FEBRUARI 2013..Walaubagaimanapun saya dan rakan tetap enjoy dengan apa yang telah kami usahakan selama ini..Inilah group member of Master Printing Sdn.Bhd.