Assalamualikum buat semua pembaca. Hari ini adalah mengenai HATI♥ .
Barangkali semua sudah tahu hati ini penting dalam kehidupan kita. Jika tiada hati macam mana kita nak hidup. Suatu yang patut diketahui oleh kaum lelaki. Kenapa perempuan lemah, kuat menangis,merajuk mengada-ngada ini kerana mereka telah diciptakan oleh Allah untuk memiliki lumrah tersebut. Ini juga adalah disebabkan oleh hati.
Jika seorang wanita itu melihat seorang lelaki, pasti mereka ada hati hati untuk lelaki tersebut dijadikan pasangan. Walhal, itu lumrah perempuan yang memiliki 9 nafsu. Hati wanita ini lembut.. walaupun garang seperti singa, buas seperti buaya, banyak cakap seperti burung, ketahuilah HATI mereka ini sangat lembut. Selembut bayu menghempas pulau... cair hati seorang lelaki. Betapa kuatnya hati seorang wanita apabila dimadu atau dicerai. Mereka tidak pernah kecewa, asalkan lelaki yang dicintainya sentiasa berada disampingnya.
Walaupun wanita bekerja dari siang dan malam, sambil melayan kerenah anak-anak dan suami, mereka tidak pernah mengeluh kerana hati mereka mengatakan "akan kucium bau syurga suatu hari nanti". Bertuah sungguh memiliki hati wanita.
Jangan hanya pada rupa paras, tetapi pada HATI kita harus lihat seorang wanita itu. Apa gunanya memiliki Tembikai yang cantik kulitnya tetapi didalamnya busuk. HATI lah yang perlu dititikberatkan. Jika dia jujur mencintai anda (lelaki) kasihilah dia, jika dia menangis, tenangkanlah dia, jika dia marah, senyum dan turutkan segala permintaanya, jika dia bercerita, dengarlah dengan sepenuh hati.. LELAKI bersabarlah dengan celoteh dia, bahawasanya itulah CINTA HATI anda .. Apabila jadi seorang isteri ajarilah dia solat dengan sempurna, belailah dia dengan kasih sayang, peluklah dia ketika dia menghempas ombak... itulah kasih yang diperlukan seorang wanita yang memiliki HATI ♥...
Buat lelaki yang belum berkahwin..
Jujurlah ketika anda menyukainya...
Belailah dia dengan kasih sayang bukan dengan kasih tangan...
Curahkanlah segala hormat padanya,bukan mencabul kehormatannya..
Percayalah padanya bukan menghancurkan perasaannya..
Dan terimalah dia seadanya..